Friday, January 13, 2012

Perkahwinan - Bab 1

Perkahwinan...

Sebelum itu mungkin ada yang bertunang. Nasihat gua,kumpul duit secukupnya sebelum bertunang. Kemudian bertunang sekejap je. Then kahwin. Selesai.

Betul kata orang tua-tua: " Orang bertunang ni darah manis". Bukan bermaksud sweet-sweet gitu tapi lebih kepada ujiannya BESAR doh.

Gua sendiri rasa, dari segi emosi dan usaha ke arah perkahwinan itu banyak dugaannya.

******************************

Perkahwinan IDEAL - Yup semua wanita mahu berkahwin seperti yang diimpikan,tapi sedarkah kita ke arah IDEAL itu melibatkan kos dan wang yang sangat banyak. Takut bila dengar; "En.Jonet baru selesai kahwinkan anaknya, dia habis dekat RM40,000","Gua selesai kahwin, minimum pun gua habis RM20k.".

YANG TAK SERONOKNYA - Lepas kahwin hutang banyak, then rumah apa pun tadak. Kan baik sekiranya duit yang di saving untuk kahwin gua cadangkan di unjurkan ke perbelanjaan beli katil,peti ais,tv dan juga perabot. Ini gua cerita cadangan bagi yang sederhana dan berpendapatan rendah ke bawah. Bagi yang kaya tak yah citer ah. Korang mampu. Hurmmm bakal isteri pun kena faham. Kena kerjasama. 

Kerja sama bagaimana? Sama-sama kerjasama merancang perbelanjaan perkahwinan yang sederhana. Ada makan, ada door gift sket, tak mahal sangat. Gula-gula pun orang terima jugak sekarang,jangan risau. Tetamu hadir untuk memeriahkan majlis. Jangan risau anda dikutuk kerana majlis itu tak cukup dan ini tak cukup. Jika mereka ikhlas mereka hadir seadanya.

Persiapan - Mahal tak semestinya bagus!!! Ya gua amat suka statement ini,tapi tak semua setuju. Pelamin kalau mahal sampai mencecah ke RM4,000 plus seperti pameran pegantin yang gua pergi baru-baru ini. Cantik memang cantik tapi adakah anda terfikir yang anda duduk atas pelamin untuk ambil gambar sekadar 30minit paling tidak pun. Didalam agama Islam bersanding tiada ya, dan ini saya pasti.

Oh,ini sekali seumur hidup!!! Yup another statement yang biasa didengar oleh pasangan yang hendak berkahwin. Then prepare yourself for the debt of the life time. Bukan maksud gua ini tak boleh itu tak boleh.Kita kena ada limit untuk perbelanjaan. Contoh,sampin nikah tak perlu yang RM3,000. Yang sederhana dalam RM150 pun ada. Begitu juga pelamin, tak perlu sewa yang mahal, yang RM1+++ pun ada.Kad kahwin yang mahal sampai RM1 dan RM3 sekeping pun tak guna jugak kalau akhirnya ke tong sampah lepas majlis. 1000 kad dah cecah RM1000 dan RM3000.

Hurm no wonder ramai kahwin lewat, bankrap diusia muda, stress kerana tekanan kewangan, serta lahirnya anak luar nikah dan....you all are free to continue the list...

Yang wajib dan utama tu yang perlu dilaksanakan seperti nikah,jamuan yang sederhana dan juga beramah mesra dengan hadirin. Memperkenalkn isteri kepada tetamu dan kaum keluarga juga penting.

Penutup - Ini semua padangan peribadi gua. Kalau nak terima sebagai nasihat terimalah kalau tak boleh terima just ignore jer. Hopefully idea ini berguna bagi yang hendak melangkah ke arah perkahwinan.

KOLEKSI KAD KAHWIN GUA


Thanks for reading.

CHEDEMS

1 comments:

makhluk ijau said...

wa mmg setuju 99.9% ngan pendangan peribadi lu..

p/m: mane kad kawen aku, xsimpan ke.?