PHS - Pegawai Harian Singkat
Mereka ini dibayar gaji harian oleh kerajaan untuk menjalankan tugas. Lebih kurang RM54 sehari. Sehari tak datang kerja gaji tak masuk, ini termasuklah kalau cuti sakit, cuti bertunang mahupun cuti rehat.
Dalam ramai-ramai golongan ini, ada sekumpulan PHS yang bekerja dekat tempat gua. Mereka ini terikat kontrak 3+3 month dengan Bahagian tempat gua kerja. Diseru khidmat mereka atas dasar desakan beban kerja yang melampau Bahagian tempat gua bekerja.
Seperti gua jangka, waktu mula-mula mereka hadir. Senyap je. Nak bercakap pun segan, inikan nak pergi tandas. Gaya skema. Panggil gua abang. Hehehe. Tapi gua mintak panggil Encik je.
Masa bergerak pantas, kontrak mereka segera tamat untuk separuh masa pertama iaitu 3 bulan. Perubahan diri mereka selepas 3bulan amatlah ketara dari yang senyap duduk di meja, takut nak jawab telefon, takut nak jumpa pelanggan dikaunter mereka berubah menjadi berani, bijak berbicara dan mudah untuk berbual.
Kontrak mereka disambung lagi 3bulan. Hari semakin hari, mereka bertambah cekap. Beban kerja yang dilontar seperti biasa-biasa ajer. Tekanan dari pelanggan yang memaki hamun bertali arus di talian telefon mahupun kaunter di hadapan disambut dengan gelak dan hilai tawa sahaja.
Tetapi setiap pertemuan itu ada perpisahan sebagai pasanganya. Begitu jua mereka,gua,Bahagian tempat gua bekerja serta rakan-rakan sekerja yang lain. Semalam hari terakhir mereka bertugas setelah habis kontrak mereka selama 6 bulan dan hari ini adalah hari SUNYI tanpa mereka. Walaupun patah tumbuh, hilang berganti. Beza tetap berbeza. Gua doakan korang semua selamat maju jaya dalam semua hal, cita-cita,kerjaya dan juga pelajaran yang korang semua ceburi dan akan harungi.
Terima kasih gua ucapkan dan tulisan tak seberapa gua ni tribute untuk korang.Hehehe.
Bersama selamanya PHS: Dua dari kanan, Ashran(Panjang), Aizat(Berkaca mata), Arfah,(Baju maroon), Fairuz(terkepit) dan Fiqah(Sebelah cik pakai baju hijau,tudung putih).
CHEDEMS: Anda mahu rooooccccKKKKKKKkkkk!!!!!!!!!