Monday, February 14, 2011

Stress Management

Assalamualaikum...

Seorang sahabat pergi ke kursus stress management. Speaker seorang Prof yang banyak memberi talk,speech kat majlis-majlis dan jemputan. Satu yang menarik hendak dikongsi:

Setelah beberapa ketika memberikan talk. Beliau meneguk sedikit air dalam gelas yang telah disediakan kemudian mengangkatnya tinggi-tinggi.

Prof: Awak semua tahu tak berapa berat cawan ni.

Peserta: Dalam 180 ke 200gram Prof.

Prof: Ok jika saya memegang cawan ini selama 1 minit. Tidak ada masalah bagi saya.
Prof: Jika saya memegang cawan ini dalam masa 1 jam pula mungkin tangan saya akan lenguh sedikit.

Prof: Tetapi jika saya memegang cawan ini selama satu hari iaitu 24jam. Sila, siapa-siapa panggilkan ambulan untuk saya. Kemungkinan tangan saya akan sakit.
Prof: Tetapi jika saya mengangkat cawan ini kemudian jika saya penat saya letak kan kejap, kemudian angkat balik. Mungkin saya boleh angkat gelas ini lebih dari satu hari.

Prof: Disini saya ingin memberitahu bahawa sesuatu masalah itu jika disimpan dalam masa yang sekejap ia tidaklah membebankan. Tetapi jika ia sudah berlarutan ia akan menjadi satu stress dan apa yang kita perlu buat adalah berehat sekejap, kemudian sambung kembali kerja yang hendak dibuat.

Kesimpulan: Dalam kerja seharian kita yang penat dan stress. Apa yang kita lupa adalah berehat sebentar. Sebelum meneruskan kembali tugasan.

0 comments: