Thursday, November 25, 2010

Signifikankah INTERNET dalam telefon mudah alih gua?

Assalamualaikum...

Straight to the point, for now not so SIGNIFICANT. Gua kata buat masa ini la, mana tahu pada masa depan gua jadi keparat yang memiliki harta berbilion, syarikat minyak dagu worldwide export memerlukan gua memeriksa email setiap masa dan kemaskini jualan setiap waktu.

Setakat ni memadai broadband siput MaXisSss 3gb yang selepas 3gb gua akan kena cas lebih.

Gua pakai kat komputer riba gua lagi puas...screen besar, sound kuat dan papan kekunci sesuai dengan jari gedabak gua.

Gua puas hati setakat ni dengan beruk band ni. Tapi ader sekelumit ketidak puas hati gua terhadap harga broadband. Sepatutnya kita yang dah ada platform MSC dan juga Cyberjaya mendapat keutamaan menikmati kadar beruk band murah. Memang yang paling cikai macam gua pakai sekarang dari Marxiss bukan nama sebenar adalah 3GB package...tapi speed memanjang tak pernah cecah 1Mb pun. Cam haram. Kata gua duduk bandar Kuala Lumpur, dekat dengan KLCC. Tapi internet broad band cam gua pakai 56kbh masa darjah 6 dulu.

Kalau kerajaan sentiasa membandingkan harga gula dan petrol dengan negara jiran bila berlaku kenaikan harga. Gua pun nak jugak bandingkan harga beruk band dengan negara yang gua idam nak lawat next year ni.

Kita amik contoh la pakej yang paling tersohor kat UK.(Merujuk kepada pakej nombor satu gambar diatas.)
Harga 15 pound/sebulan. Tapi kena lihat kelajuan dia beb....7.2Mb dengan paket data maximum 15GB. Ini bermakna dalam sebulan kita hanya perlu bayar lebih kurang RM74.28 merujuk pada web ni. Gua tau bila gua banding macam ni ada yang tak puas hati. Pigi dah jalan sama korang. Masa berubah pantas, sama dengan penyedia bekalan kena PANTAS jugak.

Marxiss toksah citer mahupun pesaing terdekat mereka kelkom dan digit...sama jer. Gua tak salahkan syarikat telekomunikasi ni sepenuhnya. Kerajaan pun main peranan untuk memantau PERKEMBANGAN broadband ni dengan proaktif.

Harapan gua masa akan datang dapat menikmati internet berkelajuan tinggi pada kadar rendah dipercepatkan.
CHEDEM
-Lucky for me, I paid a hefty money to get more speed.that being considered as a snail speed in another country-

0 comments: