SYABAS gua nak ucapkan pada ahli KKK a.k.a Kelab Kayuhan Kembara kerana berjaya mengharungi ECC Burung Hantu Night Ride 2010, Ayer Keroh, Melaka. *Adik Azea kata KKK ni Kelab Kaki Kelentong - hahaha dapat nama lain lak grup kayuhan gua ni*.
Apa pun pujian jugak patut diberikan kepada penganjur kerana ini merupakan tahun ketiga penganjuran kalau tak silap dan penyertaan seramai 1500+-. Segalanya berjalan lancar. Denai kayuhan amatlah memuaskan pasal banyak tempat berbukit mampu didaki tanpa perlukan gua turunkan kaki. Cuma bila waktu malam semakin tua, cuaca sejuk menjadi cabaran tambah lagi beberapa jam sebelum jambori basikal ini bermula hujan turun selebat-lebatnya membuatkan sepanjang denai berlumpur.
Gua hidangkan gambar semasa nak start kayuh.
Semua muka, baju, basikal suci murni.
Tapi setelah beraksi kayuh basikal mountain bike dalam kawasan hutan,kelapa sawit,kebun pisang dan pokok getah inilah hasilnya. TER BAR- RAI.....
Gua dah penat, basikal dengan gua dah macam mesin bajak sawah. Kepuasan - PRICELESS.
Akhir sekali pose gambar kenang-kenangan kumpulan kayuhan gua.
Ni nak tunjuk tulisan Kelab Kayuhan Kembara yang terletak bawah ketiak. Pose ni dinamakan pose tetel.(Bro Kur bagi nama pose ni). Macam haram...
CHEDEM
*Malam tu kami order McD bagi tambah lemak badan yang memang tak burn sangat*



0 comments:
Post a Comment