Tuesday, November 2, 2010

The inFamous Broga

Assalamualaikum...

Hehehe gua nak update blog berabuk gua ni. 3 Minggu lepas nyer cerita gua naik bukit Broga. Sampai puncak hujan menimpa selebat-lebatnya. Sekitar kawasan bukit jadi becak dan berlumpur. Ramai yang segera turun kebawah. Kami sekumpulan(kawan-kawan bekas tempat ngaji gua dulu) stay back jap pasal gambar tak amik lagi. Baik je hujan berenti dengan mengigil-gigil kami amik gambar. Lepas lekas-lekas turun.

Perjalanan turun tak mudah pasal denai semua dah jadi licin dan berlecak. Agak-agak ader kawasan boleh meluncur gua slide je tuun bukit. Tapi comot la kami semua. Kepuasan mendaki sangat la berbaloi. Pemandangan indah, pendakian tak berapa jauh kalo tak silap 1.7km je sampai puncak.



Kalau ikutkan bukit Broga ni bukanlah terkenal sangat dulu. Cuma dikenali dikalangan peminat sukan lasak je sebagai tempat latihan atau pun berekreasi. Semenjak angkasawan negara kita ambil gambar pre-wedding kat sini berlatar belakangkan bukit bukau Broga dan sebuah buaian yang ditambat kat pokok.(Nota: Buaian dah buruk akibat dimakan cuaca dan ramai yang beraksi mengambil gambar diatasnya.) Keseluruhan Broga ni jadi Famous secara mendadak.




Gambar diambil oleh kumpulan KUKUBESI kolaborasi SAIFUL NANG. Korang nak tengok hasil kerja dorang pergi LIKE depa kat FB.

Impak dari pengambaran mereka ni bukit Broga dibanjiri pelbagai lapis masyarakat berbilang gaya. Gaya?, yup ada yang gua jumper mendaki bukit ni guna kasut ala-ala ballet, ader yang pakai skirt mini, ader yang macam nak tengok wayang gaya ala2 rempit berbaju Edd Hardy recon bawak helmet...kalo gua nak sebut banyak lagi gaya. Bukit Broga seperti taman rekreasi dalam kawasan taman perumahan lak gua tengok.

Malas nak komen.

Kesimpulannya gua minat nak daki lagi Broga ni.

CHEDEM
-Cuci mata free...

0 comments: