Walaupun dah lewat seminggu baru gua nak post entry ni gua pedulikan ajer. Selamat Hari Raya Aidiladha...
Secara ringkasnya tahun ni 3 surau termasuk surau gua bergabung buat kat satu tempat. Surau taman gua. Sebabnya surau lain tak berapa sesuai kawasan sekitar untuk menumbangkan lembu. Surau-surau yang bergabung adalah surau Taman Nirwana fasa 2, Surau Balai Polis Ampang dan Surau Dagang Avenue.
Pagi cuaca sangatlah baik cuma setelah solat Zohor waktu orang nak makan hujan turun selebat2nya. Gua dan adik beradik tahun ni gotong royong untuk memasak bagi santapan mereka yang berpenat lelah menyertai aktiviti korban ini.
Menu:
1) Nasi Beriani
2) Daging Beriani Korban
3) Sup Berempah Mamak Style
Dapur memasak.
Bapak gua selaku Executive Chef.
Bertakung Air weihhhhh...
Tempat timbang daging dan penyiatan.
Alololo...pakcik makan sorang-sorang ek...
Alhamdulillah semua orang yang merasa masakan gua dan adik-beradik memuji. Ramai yang bungkus bawak balik. Periuk clear...
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tahun depan jemput kami masak lagi.
CHEDEM





0 comments:
Post a Comment