Thursday, October 21, 2010

Genting Sempah Kebas

Assalamualaikum...

Sebenarnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakan  banyak kali gua diajak untuk mendaki laluan lama ke Genting Sempah ni. Akhirnya sempurna jua pada hari Ahad lepas.

Ahad lepas gua ngan kaki-kaki kayuh dari Kelab Kayuh Kembara(KKK) telah menghabiskan pendakian sejauh 16 km mengunakan basikal gunung bermula dari Hospital Orang Asli Gombak ke R&R (Rehat & Rawat) Genting Sempah. Kalau dikira pergi balik dah 32km.

Perjalanan kami masa permulaan tergendala kejap. Rantai basikal Pian putus. Tools (alatan membaiki) tak bawak tinggalkan kat kereta. Nak tak nak Pian pinjam jap basikal gunung Bianchi Pa'an patah balik 2km ke kereta.

Lepas tu sambung pendakian kami. Jalan tidaklah terlalu curam, tapi masih boleh dikayuh. Masalah krem kaki tak timbul, Alhamdulillah. Tapi punggung gua merana jugakla. Kekebasan terasa akibat duduk lama di atas saddle basikal. Sambil-sambil kayuh diselang selikan kayuhan sambil berdiri untuk melegakan kekebasan.

Kadang-kadang lori trellar tanpa muatan 20 dan 40 kaki lalu situ. Ada jugak lori 1 dan 3 tan. gua tengok pun dah tau aper saiz pasal dulu pernah kerje dengan syarikat logistik. Lori-lori ni gua suspek lori hantu. Malas bayar tol atau ada masalah dengan JPJ.

Selain kumpulan gua ader jugak ramai kumpulan kayuh yang lain. Bekeluarga atau pun bersama kawan-kawan. Paling ramai geng-geng roadie (geng basikal racing macam Le Tour De Langkawi).

Penat lelah berkayuh terbalas jugak apabila sampai ke R&R Genting Sempah setelah 2jam berkayuh kot. Amik gambar pastu patah balik. Nasib baik perjalanan balik menurun. Kalau tak gua tahan lori sayur tumpang balik, angkut sekali basikal gua ni.

Minggu ni...rasanya nak kayuh kesitu lagi. Syok kawasan redup, pendakian mencabar.

CHEDEM

-Kawan-kawan gua kutuk: Tula mengelat je latihan.

0 comments: