Assalamualaikum...
Sambungan post SOTO sebelum ini.
Bahan2 & Cara2 buat BEGEDIL
10 biji kentang sederhana di basuh bersih dan dibelah 4.
Goreng bersama-sama kulitnya.
Tos dan lenyekan.
Tabur lada putih, garam, daun sup dan bawang goreng.
Bagi yang berminat nak masukan daging/ayam kisar pastikan ia telah separuh masak atau masak.
Kepal-kepal jadi bulat masukan dalam peti ais kejap 30minit.(Ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk bulat kentang yang dikepal. Nak goreng terus boleh takut berderai masa goreng.)
Nak goreng celup sket dalam bancuhan telur yang telah dipukul.
Goreng jangan lama. Cukup je salutan telur menjadi kuning atau coklat. Toskan.
PERINGATAN = Pastikan daging/ayam hancur itu sudah separuh masak atau masak. Ini untuk mengelakan daging/ayam mentah didalam kerana gorengan begedil tak lama.
CHEDEM
0 comments:
Post a Comment