Thursday, September 2, 2010

Terawikh - Pendek & Panjang

Assalamualaikum...

Ramadhan dah masuk 10 hari yang terakhir. Kalo ikutkan amalan Nabi Muhammad S.A.W beliau mengejutkan keluarganya dimalam hari untuk menunaikan ibadat termasuklah mengikat perut.

Gua, lalai tu adalah jugak. Ader hari yang terlepas tak gi terawikh. Pergi ikut tenaga yang ada.

Tenaga yang ada? Nabi pun gi berperang waktu berpuasa. Ini kan kita yang cukup makan minum.

Citer pasal terawikh dekat surau rumah gua kalo ikutkan sejarah dolu-dolu waktu gua kecik-kecik. Terawikh kat surau dilakukan sebanyak 20rakaat. 8 rakaat terawal amatlah laju diselang-selikan dengan surah lazim. Sesudah tamat jer 8 rakaat biasanya saf sembahyang dari 10 tinggal 2 saf jer.

Masa berlalu, internet dan teknologi semakin berkembang. Malaysia makan maju. Ramai orang semakin celik dan pandai hafaz Al-Quran. Sekarang ni kat surau gua terawikh hanya 8 rakaat jer. Habis 4 rakaat diorang ader tazkirah pendek (pendek ker?) mengenai ayat yang baru sahaja imam baca sebentar tadi. Ayat yang dibaca pula bukanlah surah-surah lazim lagi. Imam sekarang adalah dari golongan tahfiz. Bacaannya sedap dan panjang.

Tetapi selepas baca surah Al-Fatihah dan menunggu bacaan surah dihabiskan gua raser gua antara orang seperti dibawah ini. Adakah korang sumer begini jugak?


Hehehe...Selamat COLLECT pahala-pahala yang masih ada dalam masa terdekat ini.

CHEDEM
-Gua tak bayar lagi zakat fitrah ni adoyai

0 comments: