Tuesday, September 21, 2010

Dapur Pak Sujak: Kuasa Ikan Bilis

Assalamualaikum...

Mungkin ramai sedar atau tak, ikan bilis ni adalah antara bahan masakan yang sangatlah merendah diri berbanding kelebihannya. Ikan bilis ni jika ditumis, direbus atau digoreng membawa perasa masing-masing yang berlainan.

Gua share resipi simple mee sup guna ikan bilis sebagai perisa.

BAHAN-BAHAN


Mee kuning satu bungkus
Sawi

Kuah
Ikan Bilis halus
Bawang Putih
Air
Fishball
Fishcake
Minyak bijan
Lada putih
Garam
Ajinomoto

CARA
Korang rebus semua bahan kuah. Dah mengelegak, renjis minyak bijan sepam dua, lada putih serbuk sepam dua jugak. Last adjust garam ikut lidah tekak korang.

Masukan mee kuning ngan sawi kejap.(Jangan lama nanti sayur layu sangat tak best).Pastu tuang kat mangkuk.

Sila makan. Gua jamin stok rebusan ikan bilis buat sup memang sesuatu yang Ummphhh.

CHEDEM
-Puasa ke-5 Syawal. Gua tiba-tiba teringat menu ni gua nak buat petang ni.

1 comments: