Wednesday, August 18, 2010

Kerana FB Badan Binasa

Assalamualaikum...

Rasenya tak terlambat nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seluruh alam fana ini. Dah masuk bulan Ramadhan yang mulia ni lepas rindu nak buat terawikh berjemaah, bersahur dan berbuka berjemaah(bersama keluarga). Kalau pahala lak yang wajib jadi triple maple dan yang sunat lak double mable. Kalau ikutkan cara, hidup seratus tahun pun belum tentu dapat collect pahala macam shopping complex buat sales ni.

Berdekatan masa dan waktu biler nak masuk bulan yang mulia ini. Arena FB a..k.a FACEBOOK Malaysia telah digegarkan dengan KONTROVERSI.
KES PERTAMA

Yang pertama kes Nor Azita Osman menghina Johor dan yang kedua Salleh Gregor Sama (gua rasa bukan nama betul pun) menghina kedatangan bulan Ramadhan.

Nor Azita Osman gua pendekan NOA je la. Pada 14 Julai 2010, 11:10 pagi bulan lepas telah melepaskan statement di wall Facebook seperti gambar di bawah:
Statement yang berbunyi: "aku tak sangka johor nie hina,xde famous amos kat jb....yang ada kt senai airport jer....bandar konon...gerek apernyer..wut a jerk".

Kenyataan beliau diapi-apikan lagi oleh kawan-kawannya. Kemudian beliau menambah comment kepada kenyataan yang telah berapi seperti mencurah petrol dengan ayat: "mule2 igt nk lahir jb...memandangkan jb nie hina aku akan pastikan anak aku lahir kat kl wakakaka...."

Kontroversi dari kenyataan beliau telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia amnya dan Rakyat Johor khasnya. Cacian dan makian bertalu-talu diterima beliau melalui wall FB, wall orang lain dan mana-mana jer saluran yang ada. Kawan-kawannya yang memberi comment pun tak terlepas sama walaupun ada yang memberi komen menegur secara baik pun sama kena hentam, yang menyokong lagilah dahsyat, menerima nasib yang lebih buruk.

Kemuncak dari kenyataan ini membawa kepada penciptaan group FB yang bertajuk Nor Azita Osman Hina Negeri Johor (Blacklist-People) . Di sini  bersambung lagi caci maki dan ada juga kata-kata teguran yang meminta NOA ini memohon maaf secara terbuka. Pada mulanya NOA dan kawan-kawannya mempertahankan kenyataannya. Termasuklah menentang segala caci maki di web yang dibuat khas untuknya ini. Setelah tidak tahan agaknya, NOA menyah aktifkan akaun FB nya. Kawan-kawannya pun sama.

Setelah beberapa minggu kelihatan NOA telah meng ON kan kembali akaun FB nya dan memberi kenyataan berikut:




Gua paham, buat kata kawan gua: "Rumah terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu." Kemarahan orang ramai masih jelas berdasarkan apa yang gua perhatikan. Tapi bersempena bulan yang mulia ni harap-harap kita dapat memaafkan NOA ini. Semoga beliau insaf bersungguh-sungguh.


KES KEDUA

Salleh Gregor Sama,(SGS) Wallahu Alam mamat ni Islam atau tak beragama, yang dikabarkan dari dari pengkritik yang telah korek mengorek wall beliau dan juga blog nya. SGS ni adalah muslim. Mash'Allah.

Kenyataan apa yang dikeluarkan....

Yups, bulan Ramadhan dan kebaikannya dihina begitu juga Islam. Article lain mengenai SGS juga dipaparkan di Oh tidak! dan Cili Pedas. Kenapalah mamat ni isk isk isk.

PEDOMAN: Gua bukan Uztaz mahupun alim ulama. Tapi sekadar orang biasa jer yang menyeru diri sendiri dan kawan-kawan supaya berhati-hati keluarkan kenyataan mahupun gambar di FACEBOOK.


FB ni benda tatapan umum. Walaupun kita hanya open kenyataan kita atau gambar to only friends. Tak mustahil orang luar boleh cari jalan print screen kenyataan kita kat fb, curi gambar mahupun segala benda yang tak baik dapat difikirkan disini.

"Kerana FB Badan Binasa"

Selamat Menjalani Ibadah Puasa, Moga dirahmati Allah hendaknya.

CHEDEM

P/S: Gua bukan kawan si NOA. Jangan ingat gua buat artikel ni kang tak pasal2 gua sama kena hentam. Sekadar renungan dan pengarajaran.

P/S.S: Gua pun bukan kawan si SGS. Hehehe

P/S.S.S: Artikel ni bukanlah bertujuan memburukan individu yang dinyatakan. Cuma sekadar iktibar dan contoh.

4 comments:

Wan Fara said...

paparazi eh

CHEDEM said...

Tula I dah berubah propesfion lak.hahaha.

Kisah ni sekadar tauladan.

Fina Sophie said...

i've wrote about this too! :)

hi chedem, long time no see. still remember me? ;)

CHEDEM said...

Fina:Of course ingat...I read your blog too.Hehehe bz sket banyak keje.Eh blog dah maju sekarang. Ader dot com dibelakang.

=)