Thursday, December 24, 2009

Kelana Akal: Hampir Penutupnya


Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam terbeliak dah pusing satu tahun kembali.

Gua masih ingat lagi pada tarikh dekat-dekat Krismas ni gua struggle kat opis.(Masa tu keje swasta). Mengkayakan bos Jepun gua yang akhirnya last increment gua hanyalah RM50 hengget lepas 2tahun kerja. Tapi gua tak nyesal, pengalaman gua dapat gred A, pastu gua dah pow macam-macam sebelum blah, TV, MP3 dan bonus.

Hidup kena hijrah, hijrah kena berani beb...

Krismas tahun ni gua maybe berada di Jay Bee menghadiri kenduri kawen kawan-kawan gua. Tak macam tahun lepas gua melawat Madam F di Vancouver. Waktu tu dia tengah buat "student exchange". Jadik gua amik kesempatan jalan-jalan sekali ke sana.


Gua suka berjalan tengok tempat orang, berjalan perlukan duit.

Ader jugak orang berkata kenapa nak gi jauh-jauh sampai Vancouver sana. Bazir duit jer. Duit perjalanan gi sana dah boleh buat kahwin.

Ader lak kata; ko dah invest banyak tuh kalo tak kahwin tak tau la.

Ader yang begini; mendalam sungguh ko sayang kat Madam F tuh.


Pertama; gua kesah apa orang kata apa. Duit gua hehehe.

Kedua; memang gua suka jalan. Bukan setakat amik gambar jer, tapi memerhati budaya, cara hidup, kemajuan dan jua apa saja iktibar yang baik.

Ketiga; Gua memang kalo sayang kat seseorang tu ada cara tersendiri. Tapi sampai kadang-kadang tak difahami.

Kepada semua yang mengenali Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431, Selamat Hari Krismas dan juga Selamat Datang 2010. Gua bersyukur nafas masih dihela secara normal tahun ini.

CHEDEM

-Kawan-kawan jumper lagi next year.






Monday, December 14, 2009

RETRO ABAH: 1st and Last (Part 2)

Assalamualaikum...

Ni part ke dua retro abah: 1st and Last. Sorry pada semua gua tak ader time nak hapdet. Busy buat sesuatu. Akan gua kongsi gak apa yang gua buat sekarang kemudian.

Part yang pertama kisah ini berakhir didalam keadaan bapak gua berada di dalam perut kapal. Tapi dalam perut kapal tu dia tak keseorangan. Ringan sahaja mulut dia berbicara membuat kawan-kawan baru. Dalam masa seminggu jer Jak dah ada banyak kawan sehinggakan tempat tinggalnya dalam perut kapal di upgradekan ke main deck sekali ngan kelasi-kelasi kapal.

Jak pun suka la, dah di upgrade percuma jer.

Masa 3 bulan berlalu cepat. Akhirnya kapal sampai ke pelabuhan India. Rupa-rupanya upgrade yang diberikan pada Jak diminta balasannya ketika ini. Jak diminta membawa barang-barang yang dibawa oleh kelasi India tu masuk melepasi kastam. Kastam India tak berapa amik kesah sangat apa yang dibawa masuk oleh pelancong. Cuma jika kelasi berasal dari India sahaja kemungkinan besar barang akan dirampas. Jak digunakan sebagai medium untuk melepasi kastam.

Barang-barang yang diamanahkan berjaya lepas kastam India. Jak diberi duit poket dan diarahkan membawa barang-barang ke hotel yang telah diberitahu. Dari pelabuhan ke hotel sahaja Jak menyewa dua buah teksi sarat dipenuhi barang-barang kelasi tadi. Pada masa yang sama Jak perasan dia diekori oleh mata-mata. Tapi tak pasti samada kastam atau pun polis. Kelasi-kelasi terbabit berjanji akan mengambil balik barang-barang mereka dari Jak dalam masa seminggu.

***************
Seminggu berlalu....

Masuk minggu kedua pun sama, bayang kelasi-kelasi pun tak nampak. Jak agak semua dah takut nak claim barang masing-masing. Sepanjang masa dua minggu tu sempat jugak Jak usha barang-barang yang dikirim oleh kelasi padanya. Dari baju kemeja, seluar, radio, hinggalah beg ala-ala James Bond yang boleh keluar pisau ditepinya rupa-rupanya dibawa masuk oleh Jak.

Duit poket yang diberi oleh kelasi kapal hampir habis. Jak amik keputusan untuk jual sedikit barang yang dikirim. Yang paling cepat laku baju kemeja. Dibeli borong oleh orang kaya kampung. Datang naik basikal, parking depan hotel tempat Jak dengan tak malu tanya; "Do you have shirt to sell". Orang kaya tu macam tau-tau jer ada barang nak dijual.

Peluang depan mata, Jak tak tunggu lama. Dia jual jer apa yang ada, sedikit demi sedikit barang habis dijual.

Duit yang Jak kumpul dari penjualan barang-barang tadik cukup untuk dia lepak kat India selama 6 bulan.

CHEDEM
-Afganistan pada episode akan datang...

Thursday, December 3, 2009

Catatan Kelana: Pendek

Assalamualaikum...Rambut gua telah pendek, adik gua potong. Kemas & pendek yang penting gua suka walaupun kena repair sket2 sendri guna shaver ngan gunting. Saper nak try...bayar kat gua, adik gua gunting.Gadis pendek dua orang ni yang paras-paras bahu gua adalah Jannah dan Puan Leen. Dara dan Mak Dara. Dua-dua orang pale ting tong masuk air. Pada hari kami amik gambar ni petang tu tengok wayang ramai-ramai citer ninja assasin lakonan hujan sepet dari korea. Lepas tengok movie tu gua dan rakan-rakan seperti telah dapat diploma ninja.

CHEDEM
- Esok hari kat opis Puan Leen dan Jannah test baling-baling mouse pad yang keras. Perasan dorang mousepad tu macam bintang yang ninja guna tuk baling2 ke....pirah. Tak berkesan langsung kat gua.




Catatan Kelana: Hari Raya & Pengorbanan Kami

Assalamualaikum...

Walau pun lambat sket post gua pasal raya Aidiladha, gua nak ucapkan jugak Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tahun ni amat bermakna bagi gua. Gua terlibat sekali dalam kerja-kerja menyembelih korban termasuklah melapah walaupun hanya kambing(Yang sembelih tok imam). Selama ni gua hanya tengok jer orang surau sembelih, lapah dan agih. Tahun ni lain sket, kambing yang dikorban atas nama mak gua, jadi adik beradik laki....abah gua dah wajibkan awal2 lagik jangan kemana-mana kena tolong.

Malam sebelum tu kami masak daging akikah kawan abah untuk disedekah. Daging akikah tu di masak beriani bersama nasi beriani Gam(beriani Johor). Sedekah diedar selepas selesai solat Jumaat.

Malam Ahad lak daging korban buat BBQ. Tapi tahun ni gua terkilan sket jer....sket jer. Berat badan gua pun terkorban sama. 60kg masa time-time universiti dulu kini naik 67kg sudehhh...aper citer. Mana tah gua letak lemak tu.

CHEDEM

P/S: Mungkin selain pemakanan ini puncanya. Gua selalu jugak dapat cokelat preee dari kawan2 yang balik bercuti terutamanya Langkawi. Coklat banyak2 dalam plastik dibawah gua sorang jer makan. Sedap...makin makan makin gian. Kunyahan semakin laju, kadang2 perlahan kerna lenguh gusi. Aduhai.

P/S 1: Coklat preee pleaseeeeeeee (cakap macam zombie)