Thursday, October 22, 2009

RETRO ABAH: End of Road

Assalamualaikum...

Gua kat sini nak buat ruangan terbaru iaitu RETRO ABAH. Catatan di ruangan ini akan mengisahkan kisah-kisah menarik pengalaman abah gua. Simple gua letak watak, nama panggilan dia Jak. Gua bahasakan dirinya sebagai abah.

Abah gua seorang pengembara.

Waktu dulu-dulu wayang pacak(wayang dekat funfair yang mengunakan kain rentang putih terpacak tengah tanah lapang) selalu menayangkan filem2 omputih. Dari cerita koboi hinggalah ke love story. Dalam banyak2 filem tuh dia tengok negara omputih ni banyak tempat cantik2. Di situ dia dah pasang niat mengembara.

Abah gua terpanggil untuk mengembara sebab nak tengok sendri kecantikan negara-negara omputih. Percubaannya yang pertama hendak ke negara omputih adalah melalui jalan darat. Abah hitchhike ngan kawannya Prabagaran. Tapi malangnya percubaan pertamanya gagal kerna waktu tu jalan darat Malaysia ke Thailand, OK. Masalah mula timbul bila dari Thailand nak lintas ke sempadan Burma dan nak masuk ke Myanmar. Ketika itu masih belum ada jalan lagi. Hutan dan bergunung. Maklumlah waktu tu belum ada lagi GPS mahupun google map.

Mereka berdua ni pulanglah balik ke Muar. Tapi hasrat abah gua tak padam disitu. Dia nekad nak jumper Dollah Sate member kampung dia yang dah sampai ke London ikut sarkas Parsi.

CHEDEM

1 comments:

apei said...

weh ni lu boleh buat carpen ni. sila buat sambungan segera.