Friday, May 25, 2012

Statement tak boleh blah!!!

Serius gua piss off kalau orang kata "Nanti apa orang kata".

Kalau benda yang membina tak apa, ini benda yang negatif.

Contoh, jika seseorang pemuda membeli goodies gula-gula untuk perkahwinanya dan adiknya berkata "Nanti apa orang kata?" dan selepas itu disudahi dengan ayat "baik beli baulu baru klas".

Begitu juga dengan seorang bakal pengantin perempuan yang memilih pakej baju dan pelamin berharga RM3000 dan dinasihat oleh bakal suami supaya mengambil pakej RM1500 je dan ayat yang selalu keluar,"Nanti apa orang kata?".....ditambah pulak "Lagi mahal lagi cantik dan lagi bagus"...

Gua malas nak ulas panjang, kesederhanaan dalam hidup itu semakin pudar dalam masyarakat kini. Hati itu dah tak reti berzuhud. Serius gua piss off.

Prinsip

Assalamualaikum

Dalam kita menyampaikan cerita kepada seseorang gua belajar sesuatu bahawa maksudnya dan pemilihan susunan kata-katanya perlu jelas dan tetap. Lebih-lebih lagi bila kita menyampaikan sesuatu cerita orang kepada seseorang yang lain. Kita yang sebagai pembawa cerita juga kena pastikan cerita yang disampaikan semula itu adakah berwibawa atau lebih mudah ada kebenaran.

Sebagai contoh yang terjadi kepada gua sendiri. Gua menyampaikan cerita adik gua kepada bapak gua yang berbunyi. "Semua orang di kafetaria tidak membayar makanan mereka". Sebelum menyampaikan kepada bapak gua, gua tak pikir pun apa silapnya cerita itu dan bapak gua dengan bersahaja berkata;"bukan SEMUA,hanya SEGELINTIR sahaja".

Maksud yang hendak disampaikan disini adalah sebelum menyampaikan sesuatu cerita kita perlu mengkaji dulu kewibawaan cerita itu. Samalah juga dengan cerita "Jika sesorang itu membuat sesuatu kejahatan di Tanah Suci, mereka akan diberi balasan segera". Bagi gua bukan SEMUA tetapi segelintir. Memang banyak cerita sebegitu kita dengar tetapi kita tidak boleh secara amnya mengatakan semua.

Kita selalu dengar banyak artis yang seksi-seksi ke Makkah untuk menunaikan ibadat dan pulang ke Tanah Air. Jika dikatakan secara am semua. Maka kesemua artis, penzina mahupun penjahat yang kesana tidak akan pulang dengan selamat,bahkan yang pulang pasti akan terus insaf seinsafnya. Memang ini semua kuasa dan keajaiban Allah, tapi dalam pemilihan ayat kita perlu berhati-hati dalam menyampaikannya supaya orang yang mendengar tidak akan "misleading".

Prinsip yang gua nak sampaikan disini, dalam pembawaan sesuatu berita atau cerita terutamanya dari pihak ke-tiga, kita janganlah terus membawa cerita itu seolah-olah kita mengiyakannya tanpa kita lihat pengisian cerita tersebut.

Selamat malam. 
*Catatan dari ambin rumah arwah nenek gua*


Monday, May 21, 2012

Aplikasi Al-Quran Android dan Apple

Assalamualaikum...

Gua ingat lagi, kali pertama gua pakai hand phone ketika dalam Matrikulasi. Waktu itu abah gua dah pakai Nokia Butterfly. Gua pun mewarisilah Nokia tiga tiga sekupang. Prepaid waktu itu bukan macam sekarang. Starter pack pun dah RM100++. Mahal brader.

Zaman berubah memang diakui cepat, kalau dulu handphone Nokia menguasai pasaran telefon bimbit. Sekarang "smart phone" atau telefon pintar mendominasi setiap tangan yang mengunakan telefon untuk berhubung.

Begitu juga Al-Quran, jika kini kita bawak Al-Quran yang tebal ke Surau atau Masjid. Pada masa akan datang gua yakin smart phone atau tablet akan digunakan untuk mebaca Al-Quran. Pada pemerhatian gua Google Play untuk smart phone yang gunakan OS Android (gua guna HTC Incredible S) kurang aplikasi Al-Quran yang bagus. Yang dimaksudkan bagus ini aplikasi Al-Quran tersebut mestilah mempunyai tulisan yang terang dan mudah dibaca, mempunyai tafsir terutamanya dalam Bahasa Melayu, dan ada bacaan dari Qari yang baik.

Malangnya aplikasi yang gua jumpa ada yang berbayar, kebanyakkan dalam English dan yang percuma banyak spam iklan samada bila kita membuka aplikasi itu mahu pun ketika kita tidak buka notifikasi entah dari mana tiba-tiba menderu-deru iklan datang. Ada yang gua jumpa dalam Bahasa Melayu tapi macam gua cerita banyak spam. Tak guna. Dalam Bahasa Indonesia ada, walaupun rumpun bahasa kita hampir sama tapi masih banyak perbezaannya.

Bila perkara ini berlaku, gua terfikir alangkah bagusnya jika Jabatan Agama Islam Malaysia membangunkan aplikasi yang sangat berguna ini bagi umat Islam terutamanya di Malaysia. Aplikasi yang berguna ini hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti yang gua cerita di atas dan kalau boleh percuma dan tiada spam iklan. Agama pun mesti seiring dengan kemajuan teknologi selagi ia memudahkan dan membantu ramai orang.

P/S: Gua harap sangat ada apps Al-Quran yang bagus hasil air tangan umat Islam Malaysia.



Monday, January 16, 2012

BR1M - BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Dalam hujung tahun lepas kerajaan telah melancarkan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada pesara dan ketua rumah yang jumlah pendapatan  isi rumahnya  kurang dari RM3000 sebulan.

Pada tarikh hari ini 16 Januari 2012 pemohon-pemohon bantuan tersebut bolehlah menyemak status permohonan masing-masing dengan menelefon atau email ke Perbendaharaan a.k.a Treasury Malaysia. Butir-butir lanjut seperti dibawah.

Talian Hotline : 1-800-222-500  /  1-300-88-3010
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Muat Turun Borang BR1M

Seperti yang gua jangka talian ke HOTLINE ini pasti sesak. Gua ada memohon dan berjaya tembusi lain setelah 10 kali mencuba. Tapi sebaiknya gunakan telefon yang ada fungsi REDIAL untuk memudahkan anda menembusi talian sibuk ini.

Bagi yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat menyurat ke alamat yang diberikan sewaktu mendaftar. Telefon ke talian hotline ini sekadar untuk dapat info awal je kelulusan anda.

Alhamdulillah atas bantuan kecil ini mungkin dapat meringankan sedikit beban bagi yang memerlukan. Sebelum kelulusan ini dikeluarkan banyak juga gua dengar yang berniat nak bikin kereta la, bercuti la dan lain-lain. Gua tau bantuan ini masing-masing yang empunya, tapi harap bagi yang menerima dapat mengunakan wang yang tak seberapa ini untuk tujuan yang lebih penting.

Gua kena cakap jugak ni;TERIMA KASIH KERAJAAN.


CHEDEMS